Terima Kasih tak terhingga buat Manap, Rosli, Abah, Hamzah Dan Zul yang menjadi sahabat baik ku semenjak bertugas di SMk Serdang Kedah.
Di bawah ini adalah video yang dibikin oleh Manap.
Video ini telah mengembalikan nostalgia buat diriku. Terima Kasih sekali lagi MANAP!
src="http://pagead2.googlesyndication.com/pagead/show_ads.js">
Abdull Anur Mohd Isa
Sunday, July 13, 2008
Friday, July 11, 2008
Mesra.net diceroboh: MSRN buat laporan polis
Oleh Lukman Ismail
27 Mac 2001 (Utusan Malaysia)
MULTI System Resources And Network (M) Sdn. Bhd. (MSRN) telah membuat laporan polis berhubung pencerobohan Mesra.net, gerbang Web miliknya oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Pencerobohan gerbang Web tempatan itu telah disedari ketika kerja-kerja mengemaskinikan Mesra.net dibuat Khamis (16 Mac) lepas, kata pentadbir Mesra.net, Abdull Anur Mohd. Isa.
Menurut beliau, dalam kejadian yang disedari awal pagi itu, pihaknya mendapati ruangan forum Mesra.net telah dicerobohi oleh pihak terbabit dengan memasukkan perkataan-perkataan berbau lucah.
"Inilah kali pertama Mesra.net dicerobohi sejak gerbang Web ini beroperasi sejak 1998.
"Saya percaya pencerobohan ini sengaja dibuat bagi menjatuhkan reputasi Mesra.net,'' kata beliau kepada Utusan Megabait, Isnin lepas.
Abdull Anur berkata, berdasarkan penyelidikan yang dibuat, pihaknya percaya bahawa penceroboh Mesra.net itu datangnya dari Skudai Johor tetapi enggan menjelaskan lebih lanjut memandangkan kes ini di bawah penyiasatan pihak berkuasa.
Beliau berkata, tindakan membuat laporan polis itu dilakukan kerana pihak penceroboh telah membuat ugutan terhadap untuk melakukan kerosakan yang lebih besar pada masa akan datang.
"Tindakan kami ini juga bertujuan tidak mahu melihat perkara yang sama berulang kepada kami dan juga terjadi pada gerbang-gerbang Web yang lain,'' katanya.
Ketika ditanya mengenai tahap keselamatan pelayan Web Mesra.net, beliau berkata, pihaknya tidak dapat memberikan lebih terperinci memandang Mesra.net menggunakan komputer pelayan maya dari luar negara.
"Pada awal penubuhan, Mesra.net menggunakan pelayan Web sendiri dengan tahap keselamatan yang lebih terjamin kerana kami sendiri yang menguruskannya.
"Tetapi kini kami menggunakan pelayan Web maya (virtual) dari luar negara yang tahap keselamatannya tidak begitu diketahui,'' katanya.
Kes-kes pencerobohan laman Web oleh mereka yang tidak bertanggungjawab semakin meningkat di negara ini sejak kebelakangan ini.
Bagaimanapun kebanyakan kes pencerobohan yang dilaporkan sebelum ini melibatkan laman-laman Web kerajaan dan juga institusi pengajian tinggi. Mesra.net merupakan gerbang Web dan enjin pencari tempatan yang telah beroperasi sejak 1998.

Internet Dan Penapisan
INTERNET adalah hasil pengintegrasian banyak media yang berasingan, iaitu (1) e-mel, (2) newsgroups, (3) papan buletin, (4) Internet Relay Chat (5) WWW, (6) telnet, dan lain-lain. Pengintegrasian menimbulkan masalah mengelaskan internet sama ada secara keseluruhan atau komponen yang berasingan. Timbul pula masalah untuk menamainya sama ada (1) media perkhidmatan pos, (2) media telekomunikasi, (3) media penerbitan elektronik, (4) media penyiaran, (5) khidmat pengkomputeran, (6) media pengiklanan elektronik, atau (7) media pemasaran elektronik? Masalah ini adalah masalah pengawalan. Yang jelas, kemudahan e-mel adalah sebahagian daripada khidmat telekomunikasi, kemudahan komputernya adalah tambahan kepada khidmat komputer, dan kemudahan sistem capaian maklumatnya menyebabkan kemudahan ini dilihat sebagai khidmat penyiaran.
Sehingga sekarang, kita masih tidak mengetahui bagaimana cara menentukan pihak yang sama harus mengenakan penapisan, dan bagaimana melaksanakannya. Penapisan dalam internet sekarang, berlaku mengikut pemahaman kita tentang media elektronik dan undang-undang negara masing-masing. Penapisan dalam internet didorong oleh budaya masyarakat tempatan. Bahan yang sama dibenarkan di negara X, tetapi diharamkan di negara Y. "Konflik" ini berlaku kerana tiada piawai yang boleh diterima oleh semua negara kerana perbezaan budaya dan tradisi.
Pada bulan Januari 1996, Deutsche Telecom, misalnya, menyekat rakyat Jerman mengakses URL Ernst Zuendel, aktivis bangsa Jerman yang bermastautin di Toronto, Kanada, kerana disyaki menyebarkan maklumat anti-Yahudi dan neo-Narxis dalam internet. Isu di sini bukan sahaja bagaimana, tetapi juga sejauh mana tindakan penapisan dapat dilaksanakan dengan berkesan. Walaupun kerajaan A boleh menyekat pengaliran maklumat X, yang menyalahi undang-undang negara A, dari negara B, kerajaan A tidak dapat menjamin maklumat X tidak boleh diperoleh oleh rakyatnya dari negara C atau D. Masalah itu pernah dihadapi oleh Kesatuan Eropah yang menimbangkan untuk melarang penerbitan sebuah buku yang diharamkan di Perancis, di bawah undang-undang privacy, tetapi buku itu muncul dalam internet di negara
Pengawalan dan penapisan Menjadi begitu sukar kerana hampir semua negara sudah kehilangan batas sempadan dalam dunia tanpa sempadan. Penapisan dalam internet melibatkan kos yang tinggi. Penapisan dalam internet juga lebih sukar dilakukan dari segi teknikal berbanding dengan media maklumat dan komunikasi lain. Misalnya, pada bulan Disember 1995, kerajaan Jerman mengarah L\P CompuServe menyekat rakyatnya mengakses bahan yang salah di bawah undang-undang negara itu. CompuServe cuma boleh menyekat rakyat Jerman mengakses bahan tersebut dariJerman, sedangkan bahan itu boleh diakses dari banyak laman web di negara lain. Sebagai langkah susulan, kerajaan Jerman memberi amaran kepada IAP Jerman bahawa mereka akan didakwa kerana bersubahat dengan pengganas, sekiranya tidak menyekat maklumat yang bermotif pengganasan di WWW.
Sikap yang sama juga diambil oleh kerajaan United Kingdom (UK). IAP UK bertanggungjawab ke atas kes libel akibat jalinan internet. Langkah pengawalan sedemikian juga pernah dicuba di Amerika Syarikat (AS). Ekoran kongres di AS meluluskan Communications Decency Act, sebahagian daripada Telecommunications Act, bulan Februari 1996, pihak yang menyebarkan bahan lucah secara elektronik boleh didakwa. Tetapi, paradoks yang dihadapi ialah bahan yang sama dalam media cetak tidak dianggap salah.
Larangan mengakses keseluruhan laman web tertentu bermakna semua maklumat yang disebarkan tidak boleh diperoleh sama sekali. Dilemanya, kita mahu mengenakan penapisan ke atas bahan yang boleh menimbulkan kesan yang negatit tetapi kita juga mahu memanfaatkan bahan lain yang tinggi nilainya dalam pembangunan. Jalan keluar ialah meminimumkan kesan negatif dan memaksimumkan kesan positif dengan menggunakan kata laluan. Hanya orang yang diberi kuasa yang boleh mengaksesnya.
IAP UK juga menubuhkan IWF (Internet Watch Foundation), semacam skim pengawalan diri, dengan kebenaran polis dan kerajaan. IWF berfungsi melaporkan bahan yang menyalahi undang-undang kepada polis, selain meminta IAP membuangnya atau menyekatnya.
Semua pengguna internet di China pula dikehendaki mendaftarkan diri dengan polis dan menandatangani perjanjian tidak akan melakukan perkara yang boleh memudaratkan negara (termasuk membocorkan rahsia negara, menyebarkan maklumat yang boleh merosakkan keselamatan negara dan bahan lucah dalam internet). Penapisan internet di China dikenakan kawalan lapisan tambahan berikutan semua lAP swasta negara itu dirangkaikan ke L\P negara yang juga merupakan pembekal telekomunikasi utama China pada musim panas tahun 1996.
Kerajaan Singapura juga menubuhkan IAP, tetapi berbeza daripada negara lain, kerajaan Singapura menganggap internet sebagai penyiaran dan penerbit, bukan sekadar pengantara (seperti syarikat telekomunikasi). Pengawalan internetnya diletakkan di bawah Singapore Broadcasting Authority Act 1994. Yang nyata, LAP memainkan peranan sebagai Lembaga Penapisan Kerajaan.
Bolehkah masalah ini selesai dengan menambah bilangan pegawai penapisan? Mungkin tidak, kerana usaha menapis dan memeriksa maklumat elektronik dalam internet memerlukan peralatan dan teknik lain daripada yang digunakan untuk memeriksa filem , video , kaset , CD -ROM , lebih-lebih lagi buku. Masalah lain, berapa banyak peralatan canggih perlu diperoleh, dan juga berapa lama alat itu dapat bertahan kerana perkembangan teknologi yang semakin pantas sekarang.
Pejuang hak individu Barat menganggap penapisan kandungan internet akan mengurangkan keberkesanan pengaruh internet sebagai media maklumat dan komunikasi. Namun, masyarakat Timur, lebih-lebIh lagi masyarakat berbilang kaum dan agama, seperti Malaysia, mendapati perlu adanya penapisan demi menjaga keamanan sosial. Tekanan ke atas kerajaan untuk mengawal kandungan internet bukan kerana kerajaan takut akan pengaruh internet, tetapi kerana kerajaan takut akibat buruk yang menimpa rakyat dan negara.
NYATA ada kesepakatan antara semua negara tentang perlunya kawalan dalam internet, iaitu untuk (1) menjaga keselamatan negara, (2) melindungi generasi muda, (3) menegakkan maruah manusia, (4) menjamin kestabilan ekonomi, (5) melindungi privacy individu, dan (6) melindungi hak cipta.
Buat masa ini, tiada badan pusat yang mengawal internet. Majlis Internet Antarabangsa cuma bertanggungjawab ke atas pentadbiran hal teknikal dalam internet, termasuk menetapkan piawai teknikal dan bandwithnya. Walaupun IAP banyak negara diarah supaya menyekat rakyat tempatan mengakses bahan yang tidak dikehendaki melalui laman web tertentu, sekatan itu tidak berkesan kerana semakin banyak pengguna internet mengetahui cara memirau (bypass) IAP tempatan untuk mengakses bahan melalui IAP negara lain. Kelemahan internet dari segi moral inilah merupakan keistimewaan teknikalnya yang tidak boleh ditandingi oleh media komunikasi lain.
Keistimewaan yang dimaksudkan ialah kapasiti re-routing apabila mana-mana talian bermasalah, rosak, atau disekat. Dengan sifat re-routing yang dinamik, internet boleh menjamin global interconnectivity 24 jam sehari. Dengan sifat yang istimewa itu juga, banyak kerajaan menyedari bahawa tidak banyak yang boleh dilakukan berhubung dengan penapisan internet. Antara cara yang boleh dilakukan, walaupun tidak berkesan sepenuhnya, ialah mengarah IAP menyekat rakyat mengakses laman web yang disenaraihitamkan. Dalam konteks itu, Jaring menyekat orang Malaysia mengakses laman web Playboy, Pentbouse, Hustler, serta memeriksa laman web lain yang mengandungi bahan lucah.
Penapisan boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama, "mempersalah" penerbitan bahan yang tidak dikehendaki, dan kedua, menyekat penyebarannya. Selain itu, terdapat juga penapisan audiens terpilih, iaitu penapisan yang berbeza-beza tertakluk kepada laman web, bahan, dan penonton yang berbeza-beza. Untuk mencapai tujuannya, pelayan khas perlu digunakan kerana bahan untuk tontonan rumah perlu dikawal dengan lebih ketat berbanding dengan bahan untuk dunia perniagaan (tempat awam). Orang ramai, terutama ibu bapa perlu melakukan penapisan sendiri untuk melindungi anak masing-masing.
Maklumat yang bertentangan dengan nilai moral masyarakat setempat, yang boleh menjejaskan kestabilan politik dan ekonomi negara, perlu disekat dan ditapis. Campur tangan kerajaan tidak boleh dianggap sebagai perbuatan menceroboh hak kebebasan bersuara. Pejuang kebebasan internet di AS mengkritik penapisan dan pengawalan ke atas internet sebagai merosakkan media komunikasi.
Tindakan penapisan nampaknya memperlihatkan semua negara mahu mengawal maklumat dan bahan yang merosakkan dan salah dari segi undang-undang, bukan sahaja untuk melindungi kanak-kanak dan maruah manusia, tetapi juga untuk kesejahteraan sosial.
Sumber: DEWAN BUDAYA, MEI 1998, BIL 5 JIL 20, M/S 10-11

Subscribe to:
Posts (Atom)
Salam Sejahtera
Menjadi salah seorang blogger merupakan satu hobi yang menarik. Berkongsi maklumat dan ilmu untuk kemajuan dan permodenan dan juga dapat membantu memperbaiki diri.